Perisian Sumber Terbuka

Posted by nuqman technology Thursday, May 7, 2009

Didalam dunia hari ini semakin banyak perisian baru yg diwujudkan oleh Linux untuk menandingi perisian Microsoft yg mana perisian microsoft ini meliputi hampir 90% menguasai minda dan pengguna komputer di seluruh dunia. Kekuatan yg ada pada microsoft sukar diganggu gugat oleh perisian yg ada waktu ini. Perisian-perisian yg diasaskan oleh linux belum mampu mengubah persepsi pengguna komputer skrg. Walaupun perisian-perisian linux yg diubah dan diolah dan diberi secara percuma kepada pengguna komputer didunia ini, ia masih belum mampu menandingi keupayaan microsoft, Gergasi perisian ini seolah olah kebal dan berada di dalam kelas yg tersendiri.

Pelbagai jenis perisian linux dibangunkan oleh pembina pembina untuk menerjah atau menerobos masuk ke alam microsoft belum mampu lagi meroboh keutuhan perisian microsoft. walaupun mendapat sokongan dari kerajaan negara masing masing, microsoft tetap kebal dari sebarang kecederaan yg panjang atau lama. Kerajaan Malaysia dengan adanya Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) MAMPU telah cuba untuk membaiki keseimbangan dlm penggunaan komputer menerusi penggunaan perisian sumber terbuka tapi hakikatnya ia belum mampu lagi menerobos ke alam minda pengguna komputer di malaysia ataupun di agensi kerajaan.
Penggunaan sumber terbuka cuba diperluaskan oleh kerajaan dengan mengajurkan seminar, kempen dan juga membuka peluang seluas luasnya kepada syarikat swasta untuk membina pengkalan data menggunakan sumber terbuka. Penjimatan berlaku kerana pihak kerajaan tidak perlu lagi kepada membayar kos lesen-lesen yg bernilai berjuta-juta rm setahun. Penjimatan kos ini dapat disalurkan kepada penciptaan perisian terbaru dan menggunakan khidmat anak anak tempatan dalam merekabentuk perisian yg mengikut keperluan setempat tidak bergantung kepada perisian yg telah disiapkan oleh pihak luar negara.
Security kepada pengkalan data dan juga kadar pencerobohan maklumat oleh negara luar dapat dikurangkan kerana pihak dalam negara sendiri yg merekacipta pertahanan. dengan tidak bergantung kepada kepakaran pihak luar negara, negara kita akan lebih terselamat dari pencerobohan data yg dilakukan oleh Hacker-hacker yg menjual segala maklumat negara kepada negara asing. Pertukaran nilai tukaran wang asing dapat diselamatkan. Walaupun negara kita masih lagi baru dalam bidang ini berbanding dgn negara luar ia masih lagi berjaya menandingi kemajuan perisian dinegara lain. Pakar-pakar perisian tempatan telah berjaya menembusi pasaran di timur tengah seperti dubai dan negara yg membangun. Kadar upah yg rendah dan dari segi reka bentuk dan juga security setanding dengan negara yg telah lama dah maju dalam dunia perisian menyebab pakar negara kita mampu bersaing diperingkat global.
Cuma menjadi masalah sekarang, anak-anak muda khususnya anak muda melayu amat jarang meminati bidang perisian ini, terlampau banyak kepompong kosong yg ada belum berjaya diisi oleh anak muda melayu. Sampai kehari ini hanya dalam sekitar 7 hingga 10 persen sahaja yg mampu diisi oleh anak-anak melayu. walaupun sykt komputer org melayu begitu banyak tapi yg menceburi dalam bidang perisian sumber terbuka adalah amat terhad dan terbatas. Sampai bila perkara ini harus berlaku dalam dunia yg semakin canggih dan moden ini. Kepompong dalam bidang perisian terlampau besar dan tidak mampu di penuhi oleh anak anak melayu. Orang-orang islam juga perlu dalam bidang ini. musuh-musuh islam amat hebat dalam bidang ini. Dimanakah lagi kekuatan umat islam, peperangan dizaman moden bukan lagi terjadi dimedan perang tapi juga dimedan cyber. jikalau pihak musuh islam berjaya dengan agenda mereka. umat islam akan dijajah minda dan pergerakan mereka.
Jangan biarkan ustaz meludah kalu disebut komputer seolah olah benda ini direka hanya untuk keseronokan dunia sahaja. Ustaz juga perlu sedar bahawa komputer adalah lebih dari yg mereka sangkakan. Penulisan melalui blog mengenai islam juga dapat menyampaikan dakwah walaupun kita tidak ketahui sesiapa yg membaca tulisan kita. Dengan didikan yg sempurna tentang penggunaan komputer mampu membuat umat islam bangkit dan menerajui dunia.

0 Responses to Perisian Sumber Terbuka

Post a Comment

Search