Browser alternatif (Peluncur Web)

Posted by nuqman technology Friday, May 8, 2009

Peluncur web waktu ini telah diberikan beberapa pilihan untuk menggunakan peluncur web yg dirasakan sesuai dengan kegunaan peluncur. Beberapa kekuatan dan kelemahan yg ada disetiap web browser yg ada di laman maya. Peluncur web yg baru memberikan satu kelainan dan juga memberi saingan kepada peluncur web IE7 yg telah dilancarkan oleh microsoft. Dari segi kelajuan dan beberapa kelainan dalam melayari web peluncur peluncur web yg diasaskan menggunakan platform sumber terbuka. Peluncur web yg telah lama berada dalam alam maya seperti Netscape 9, Opera 9.0, Mozilla, seamonkey dan Firefox telah merekabentuk semula design untuk kegunaan pelayar-pelayar laman web.
Kini muncul beberapa peluncur web yg baru dan mempunyai kekuatan dan kelajuan yg tersendiri. Dengan adanya peluncur web baru ini pengguna IE akan mula beralih arah kepada peluncur web baru. Pengguna peluncur web tidak lagi bergantung kepada hanya kepada IE versi terbaru. Pengguna tidak lagi perlu tertekan untuk membeli perisian original untuk menggunakan IE. Dengan kemudahan muaturun percuma pengguna tidak perlu lagi berfikir tentang kos yg perlu dibelanjakan untuk menggunakan IE. Dengan kemudahan percuma yg dibekalkan oleh peluncur web baru ia masih bersih dari Virus dan juga spammer.
Terpulanglah kepada pengguna untuk menggunakan perisian peluncur web yg baru atau IE yg telah lama kontrol minda pelayar web. Samada menggunakan peluncur web berbayar atau diberi percuma.

MAXTHON (http://www.maxthon.com/)


Browser Maxthon ini amat menarik perhatian saya. Oleh kerana saya suka meluncur banyak website secara serentak, maka saya amat selesa dengan ciri tab browsing yang ada pada Maxthon. Kita boleh membuka beberapa website secara serentak dengan menggunakan tab dan tab-tab ini boleh pula disusun mengikut kehendak kita samada sejajar, cascading, melintang atau menegak. Selain itu, Maxthon menawarkan beberapa "skin" yang menarik dan saya memilih Noia yang biasa saya gunakan di Firefox.Ia menggunakan resource yang sedikit berbanding browser-browser lain. Saya melihat kepada Windows Task Manager dan benar ia hanya menggunakan tidak sampai 15,000K memori yang pada masa yang sama IE telah menjangkau 30,000K dan Firefox 50,000K.Maxthon ini juga dilengkapi dengan beberapa plugin menarik. Di samping itu terdapat Utiliti Luaran yang boleh dipanggil melalui browser ini seperti My Computer, Add/Remove Program, Notepad, Paint dan Regedit. Terdapat juga sebuah ikon kecil di bawah bernama Simple Collector yang membolehkan kita membuat catatan ringkas mengenai website yang dilawati seperti fungsi clipboard dan boleh disimpan. Kita boleh mendapat malumat Whois dan Alexa Rating sesuatu website dengan hanya mengklik butang kanan tetikus. Selain itu Maxthon membenarkan kita melayari lamanweb dengan selamat daripada dikesan (menggunakan Anonymizer). Auto-refresh terpasang di browser ini. Kita boleh tentukan berapa masanya (dalam ssat) sesuatu tab itu akan direfresh semula. Ini akan menyebabkan kita dapat membaca kiriman-kiriman terbaru di dalam foum, shoutbox dan lain-lain secara automatik tanpa perlu refresh secara manual.ZDNET, Nonags dan Softpedia masing-masing memberikan 5 bintang kepada browser ini.

Ia mempunyai ciri yang hampir sama dengan Maxthon di atas. SlimBrowser sekarang diedarkan secara percuma. Ia sebuah browser yang amat cepat dan berupaya untuk membuka sehingga 180 website di dalam satu masa! Selain itu Slimbrowser di lengkapi dangan fungsi Site Filter dan fungsi Carian dari pelbagai sumber. Auto-refresh juga disediakan sebagai satu plugin siap-terpasang.Sama seperti Maxthon, kita boleh terus mendapatkan maklumat Whois dan Alexa Ranking tentang sesuatu website dengan hanya memilih dari menu butang kanan. Dan yang paling saya suka tentang Slimbrowser ini ialah "skin"nya yang menarik. Slimbrowser belum mempunyai laman web sendiri.









Tertarik kepada dakwaannya sebagai Avant Browser is "the fastest web browser on Earth". Setelah mencubanya, ia tidak menghampakan kepada pengguna. Benar ia cepat. Fungsi-fungsi yang ada pada Maxthon dan Fastbrowser di atas juga dimiliki oleh Avant. Ia membolehkan tab browsing, cascade, horizontal dan vertical. Kalau Maxthon dan Fastbrowser menjadikan Google sebagai enjin pencari mantap, maka Avant memilih Yahoo. Satu perkara yang menarik di browser ini ialah ciri keselamatannya. Ia tidak membenarkan sebarang program, skrip atau kod yang melalui browser ini di website-website tertentu untuk mengakses komputer kita. Selain itu terdapat fungsi Safe Recovery dimana jika browser tertutup dengan sendiri sewaktu kejadian cemas, maka website yang terkahir kita layari akan disimpan dan dipaparkan apabila kita membuka semula Avant ini.Ia juga mempunyai skin, malah mempunyai Skin Makernya sendiri. Terdapat lebih 20 skin yang tersedia untuk dipilih. Dilengkap dengan ciri Auto-Refresh yang amat berguna. Saya menggunakan Avant Browser ini mengantikan IE.













K-MELEON adalah sebuah web browser yang ringan yang diasaskan kepada Gecko (enjin yang terpakai di Mozilla), amat laju dan mempunyai antara-muka yang boieh diubahsuai. K-Meleon di bina dengan akitektur plugin yang amat berkuasa yang mengizinkan kita menambah plugin menikut selera dan keinginan kita. K-Meleon dikeluarkan dibawah lesen GNU General Public. Favorites kita akan diimpot secara automatik apabila kita memasang K-Meleon. Sebarang plugin Mozilla plugins (Shockwave, Adobe dll.) boleh berfungsi apabila ianya disalin ke folder plugin di bawah K- Meleon. Makros boleh diaktifkan, non aktifkan dan diubahsuai. K-Meleon membenarkan kita mengawal cookies. Berkeupayaan untuk mengawal pop-up dan mempunyai tab browsing (dikenali sebagai layer di dalam K-Meleon) yang baik. Diantara ciri unik layer k-meleon ialah kita boleh panggil semula layer yang dah tersalah tutup. Skinnya banyak telah dibina dan boleh diperolehi di SINI. Pada awalnya saya bermasalah untuk melayari lamanweb yang ada mengandungi Flash, tetapi setelah mengintall semula Flash Player terkini dari Macromedia, segala-galanya kini berjalan lancar dan selesa.Terus terang saya nyatakan bahawa saya amat menyukai K-Meleon ini dan kini saya menjadikan browser ini sebagai browser utama saya menggantikan Firefox. Kerana loadingnya dan rendering sesebuah lamanweb lebih cepat menggunakan K-Meleon berbanding dengan mana-mana web browser yang lain. Saya tidak bersendirian dalam hal ini. Baca ulasan orang lain tentang K-MELEON ini di SINISetelah menguji keempat-empat browser tersebut, saya berpendapat bahawa IE7.0 sudah tidak perlu kerana apa yang IE7.0 tawarkan telah pun ada di dalam mana-mana browser di atas.Malah browser seperti Slimbrowser jauh lebih baik dari IE yg sebelumnya. Hingga saat ini saya menggunakan Slimbrowser menggantikan IE dan K-Meleon menggantikan Mozilla/Firefox. Pilihan saya adalah berdasarkan kepada kepantasan kedua-dua browser ini, almaklum kerana saya memang kurang sabar di dalam menunggu sesebuah lamanweb itu untuk muncul di browser.


Diceduk dan disalin semula dengan gaya bebas dan Salinan asal boleh didapati dari laman sesawang: http://www.zulkiplyharun.com/

0 Responses to Browser alternatif (Peluncur Web)

Post a Comment

Search