Kepentingan dan kegunaan Optimum Pelayan (SERVER) 2

Posted by nuqman technology Friday, May 15, 2009

Kaedah maya membolehkan beberapa sistem operasi yg berlainan untuk wujud bersama apabila menggunakan sumber perkakasan yg sama secara sempurna. ia bakal menjadi sebahagian yg penting dalam sistem operasi generasi baru. Pelbagai kaedah maya yg berbeza kini ditawarkan dalam pasaran.
Sesetengah teknologi bermaya ditawarkan sebagai set perisian pelagakan yg tunggal. Perlagakan perisian membolehkan maya tempatan, melalui hypervisor, yang membenarkan pengaksesan perkakasan dan merangsang perkakasan untuk para pengguna bagi permuatan sistem operasi.
Mesin bermaya yg berasaskan ini (Kenerl-based virtual machine atau KVM) merupakan teknologi bermaya yg baru dan penting. KVM telah diintegrasikan kepada inti Linux yg mampu memberangsangkan sistem operasi supaya ia mampu melaksanakan kaedah maya dengan prestasi yg lebih tinggi, keselamatan yg lebih kukuh dan julat sokongan kepada perkakasan yg lebih luas. KVM berupayamengasingkan komputer fizikal tunggal kepada mesin bermaya berbilang.Dengan KVM, keupayaan kaedah maya diintergrasikan kedalam sistem operasi dan tidak memerlukan bahagian-bahagian baru bolt-on atay terknologi graft-underneath.Pada masa akan datang kaedah maya akan menjadi ciri piawaian dalam sistem operasi. Dengan sebab inilah kaedah maya begitu penting dalam pusat-pusat data. Secara asasnya, penyelesaian bermaya dikaitkan dengan sistem operasi yg menyokongnya.
Dalam masa kegawatan ekonomi sekarang, keupayaan untuk mencipta sistem dan perkhidmatan baru yg memberikan kelebihan dalam persaingan tanpa perlu memasang perkakasan tambahan merupakan insentif sebenar bagi syarikat-syarikat untuk melaksanakan kaedah maya. Malah Open Source Competency Centre Malaysia (OSCC) telah mendirikan Advanced Virtualization Facility (AVF) untuk menampung agensi-agensi kerajaan yg berminat untuk menggunakan atau menguji produk-produk perisian sumber terbuka (Open Source Software) tanpa memerlukan kos pembelian yg tinggi untuk mendapatkan pelayan-pelayan traditional atau perkakasan yg baru yg serba canggih. AVF juga bertujuan untuk memberikan insentif kepada agensi-agensi yg mencuba produk-produk OSS selain memudahkan penghijrahan daripada perisian proprietari.

0 Responses to Kepentingan dan kegunaan Optimum Pelayan (SERVER) 2

Post a Comment

Search