Penyunting Foto Percuma (based open source

Posted by nuqman technology Saturday, May 9, 2009

Perisian-perisian terkini yang berada didalam pasaran semasa amatlah mahal, jikalau anda mempunyai wang yg banyak sudah tentu anda dapat membeli perisian-perisian yg mahal ini. Bagaimana dengan yg tidak mampu seperti saya, apakah yg perlu dilakukan oleh saya jika mahu menggunakan perisian seperti photoshop untuk menyunting imej atau picture yg mahu disunting, Jika anda menggunakan perisian yg tidak original pihak bsa akan menyaman anda dengan nilaian yg lebih tinggi daripada apa yg anda install kedalam komputer anda. Oleh sebab itu pengguna-pengguna telah dibebankan dengan kos yg amat tinggi, satu lesen hanya untuk satu komputer sahaja. Kos saman yg akan dikenakan kepada anda kerana menggunakan perisian yg tidak original akan meyebabkan anda tidak mampu meneruskan bisnes anda jika anda tidak mampu membayar saman yg dikenakan ke atas syarikat anda. Ejen-ejen BSA sekarang berkeliaran dimana-mana jua. Menyamar menjadi pembeli dan kemudian menghantar kepada kedai yg menjual kepada mereka komputer yg dinstall dengan perisian yg tidak tulen.
Oleh sebab tu, pihak pengguna perlu beralih arah kepada perisian percuma yg berasaskan linux base atau sumber terbuka, tidak perlu menbayar lesen yg bernilai beribu ribu rm setiap tahun jika ada naiktaraf yg hendak dilakukan. Walaupun perisian ini dibina menggunakan sumber terbuka boleh dikatakan hanya 60 persen sahaja mampu berfungsi dengan baik tapi setiap hari pereka perisian ini akan berusaha menambah baikan kepada sistem perisian ini. Kita hanya perlu memakai dan menyumbang dengan ikhlas kepada pembina pembina perisian-perisian yg berasaskan sumber terbuka ini.
Walaupun 60% sahaja perisian sumber terbuka ini berfunsi dengan baik kadangkala ia mampu berfungsi dengan lebih baik dari perisian yg dibeli dengan kos yg mahal. Pengkongsian dengan rakan-rakan dalam maya adalah lebih baik dari kita terus menggunakan perisian yg direka untuk tujuan komersial semata-mata. Saya faham didunia ini tiada yg percuma hatta nak masuk tandas sekalipun. dengan hanya memberi sumbangan kepada mereka pereka-pereka dan juga pembina-pembina perisian ini, mereka mampu memberikan perisian yg lebih baik kepada kita. sumbangan kita tidak semestinya dalam bentuk wang, sumbangan boleh diberikan melalui melekatkan logo atau menyahut seruan kepada pengguna sumber terbuka.
Walaupun kita membayar dengan kos yg tinggi bukan semua perisian-perisian yg bercorak komersial mampu memenuhi keperluan kita dalam menjalankan kerja-kerja pengeditan dan penyuntingan foto secara berkala dengan keperluan kita. Jikalau kita tak memulakan dari sekarang, perisian-perisian berbayar akan terus mengdominasikan hidup kita, berjuta-juta rm malaysian akan mengalir ke luar negara dengan pembelian perisian perisian dari negara yg telah maju dalam bidang perisian.
Dalam negara kita sendiri, pereka-pereka dan pembina-pembina perisian-perisian telah lama berusaha cuma mereka tidak dapat menembusi pasaran tempatan atau antarabangsa. Sokongan dan dorongan dari pihak kerajaan sendiri kurang cuma hanya ada pada slogan sahaja. Keadaan politik dalam negara menjadi penyebab kepada kurangnya pereka-pereka dan pembina-pembina perisian-perisian percuma kerana yg membina dan mereka tidak akan tahan lama kerana mendapat kritikan dari masyarakat kita sendiri yg memandang rendah kepada jenama malaysian. Sampai ketahun 2009 berapa peratus kah masyarakat malaysia yg mengguna pakai perisian-perisian sumber terbuka. Beberapa ratus dialog, seminar dan juga kursus yg dianjurkan oleh pihak kerajaan atau swasta tapi tahap penggunaan masih ditakuk lama. Pendedahan perlu dilakukan dan pratikal perlu seiring dalam merealisasikan penggunaan perisian-perisian sumber terbuka.

0 Responses to Penyunting Foto Percuma (based open source

Post a Comment

Search