Perisian Terbuka bukan Perisian Percuma

Posted by nuqman technology Sunday, November 22, 2009

Sumber terbuka yg diwar warkan oleh kerajaan bukan bermakna perisian ini adalah percuma untuk dipakai oleh pengguna pengguna komputer, sumber terbuka bermaksud sumber sumber yg terdapat didalam perisian ini mudah diperolehi dan tiada skrip yg tersembunyi seperti yg terdapat dalam perisian window. Perisian sumber terbuka ini adalah merangkumi aspek keselamatan dari pencerobohan, harga yg diperolehi lebih murah dan mampu dimiliki oleh semua pengguna dan tidak tertakluk kepada mekanisme harga yg melampau lampau seperti perisian window yg mana harga operating system sahaja mengjangkau rm400 hingga rm 500 untuk satu komputer, tidak termasuk lagi perisian untuk Office seperti microsoft word, excel dan juga power point, jika di buat kajian pengguna komputer akan bebelanja hampir 5 ribu hingga menjangkau ke 15 ribu rm malaysia.
Sesiapa yg memiliki perisian cetak rompak akan dikenakan denda oleh Biro pemantau perisian original. Jika perisian sumber terbuka tidak didedahkan kepada masyarakat dimalaysia, malaysia akan dibebani dengan harga perisian yg terlampau tinggi dan hanya berguna dari setahun hingga 5 tahun sahaja. selepas lima tahun pengguna terpaksa lagi membeli perisian yg mahal. kerana sesebuah perisian hanya akan berfungsi dengan baik dalam jangkamasa 5 tahun. sekarang window xp akan beransur ansur lenyap dari pc yg baru dibeli, windows wista akan mengambil alih dan secara senyap windows seven akan menggantikan window wista yg tidak konsisten pada waktu ini.
Window seven adalah window generasi baru dalam usaha microsoft mengcengkam minda pengguna komputer di seluruh dunia. Didalam dunia sekarang microsoft memonopoli pengguna hampir 90% pengguna. sistem yg direka ini amat mudah digunakan tetapi pengguna akan berhadapan dengan cengkaman kuku microsoft. Para pengguna telah terbiasa dengan window dan kalau diarah atau ada pihak yg cuba melakukan perubahan akan merasa penat dan lelah kerana semua pengguna akan kembali menggunakan perisian yg berbayar ini.
Perisian sumber terbuka boleh di muat turun tetapi apa salahnya kita membayar sedikit kepada pereka yg mana pereka ini mahu kita tidak lagi dicengkam microsoft, kekayaan yg diperolehi oleh microsoft tidak ada tolak bandingnya dialam ini, kedudukannya sebagai org terkaya didunia adalah dimudah digugat. Semoga kita menjadi pelopor dalam menggunakan perisian sumber terbuka, Sumber terbuka bukan bermaksud NO COST, It cheaper then what you used now. STOP IT used microsoft, USED OPEN SOURCE

0 Responses to Perisian Terbuka bukan Perisian Percuma

Post a Comment

Search