Sumber terbuka yg diwar warkan oleh kerajaan bukan bermakna perisian ini adalah percuma untuk dipakai oleh pengguna pengguna komputer, sumber terbuka bermaksud sumber sumber yg terdapat didalam perisian ini mudah diperolehi dan tiada skrip yg tersembunyi seperti yg terdapat dalam perisian window. Perisian sumber terbuka ini adalah merangkumi aspek keselamatan dari pencerobohan, harga yg diperolehi lebih murah dan mampu dimiliki oleh semua pengguna dan tidak tertakluk kepada mekanisme harga yg melampau lampau seperti perisian window yg mana harga operating system sahaja mengjangkau rm400 hingga rm 500 untuk satu komputer, tidak termasuk lagi perisian untuk Office seperti microsoft word, excel dan juga power point, jika di buat kajian pengguna komputer akan bebelanja hampir 5 ribu hingga menjangkau ke 15 ribu rm malaysia.
Sesiapa yg memiliki perisian cetak rompak akan dikenakan denda oleh Biro pemantau perisian original. Jika perisian sumber terbuka tidak didedahkan kepada masyarakat dimalaysia, malaysia akan dibebani dengan harga perisian yg terlampau tinggi dan hanya berguna dari setahun hingga 5 tahun sahaja. selepas lima tahun pengguna terpaksa lagi membeli perisian yg mahal. kerana sesebuah perisian hanya akan berfungsi dengan baik dalam jangkamasa 5 tahun. sekarang window xp akan beransur ansur lenyap dari pc yg baru dibeli, windows wista akan mengambil alih dan secara senyap windows seven akan menggantikan window wista yg tidak konsisten pada waktu ini.
Window seven adalah window generasi baru dalam usaha microsoft mengcengkam minda pengguna komputer di seluruh dunia. Didalam dunia sekarang microsoft memonopoli pengguna hampir 90% pengguna. sistem yg direka ini amat mudah digunakan tetapi pengguna akan berhadapan dengan cengkaman kuku microsoft. Para pengguna telah terbiasa dengan window dan kalau diarah atau ada pihak yg cuba melakukan perubahan akan merasa penat dan lelah kerana semua pengguna akan kembali menggunakan perisian yg berbayar ini.
Perisian sumber terbuka boleh di muat turun tetapi apa salahnya kita membayar sedikit kepada pereka yg mana pereka ini mahu kita tidak lagi dicengkam microsoft, kekayaan yg diperolehi oleh microsoft tidak ada tolak bandingnya dialam ini, kedudukannya sebagai org terkaya didunia adalah dimudah digugat. Semoga kita menjadi pelopor dalam menggunakan perisian sumber terbuka, Sumber terbuka bukan bermaksud NO COST, It cheaper then what you used now. STOP IT used microsoft, USED OPEN SOURCE

Enjin carian berdasarkan nilai Islam itu dilancarkan minggu lalu di mana ia menapis kandungan internet yang disifatkan penciptanya sebagai hanya mengandungi halaman web bersih yang tidak mempunyai bahan lucah. Ia memberi peluang kepada umat Islam seluruh dunia untuk membuat carian di internet dengan selamat tanpa berhadapan dengan kandungan yang berunsur lucah atau salah. Sebaik saja pengguna menatap kandungan yang dikategorikan 'salah', enjin carian akan bertukar kepada satu nasihat.
Apabila pengguna mencari perkataan seperti 'seks' atau 'bogel', misalnya, enjin carian akan terus memberitahu pengguna bahawa keputusan pencarian itu mengandungi bahan yang haram atau bersifat tidak Islam. Enjin carian Islam pertama di dunia itu boleh diperoleh dalam 15 bahasa termasuk Arab, China, Parsi, Turki dan Bahasa Inggeris. Di Mesir, lebih 90 peratus daripada 80 juta penduduknya beragama Islam dan sekitar 12 peratus yang menggunakan enjin carian baru ini dianggap memberikan mereka apa sebenarnya yang dicari. Pengasasnya, Reza Sardeha, 20, pelajar Iran-Kuwait yang tinggal di Belanda berharap enjin carian baru itu akan menjadi halaman pencarian nombor satu di kalangan pengguna Islam.
Paling mengejutkan, 'ImHalal' juga mendapat sambutan daripada penduduk minoriti Kristian di negara itu.





Google telah memulakan langkah terbarunya untuk menguasai dunia sistem operasi . Google telah melahirkan sebuah sistem operasi (operating system) terbaru yang dinamakan gOS.
Sistem operasi yang baru ini adalah hasil penjanaan platform Linux Ubuntu. Google telah menghasilkan versi mereka yang telah dilengkapi web aplikasi yang tersedia untuk peminat atau pengguna Google untuk lebih memudahkan mereka. Contoh web aplikasi yang menarik ialah Google mail, Google Docs, Meebo, Youtube, facebook dan lain-lain. gOS ini juga telah dilengkapi perisian pejabat, multimedia dan grafik seperti gimp. Dengan rekabentuk yang cantik dan ciri-ciri yang menarik, apa salahnya anda mencuba sistem operasi ini dengan mendapatkannya secara percuma


Beberapa perkara Google mungkin ketinggalan dalam beberapa perkara, Dengan langkah yg serupa waktu mula-mula Microsoft beroperasi, beberapa kelemahan yg terdapat dalam sistem operasi ini. Dalam masa beberapa tahun atau beberapa bulan akan datang google akan dapat mengisi ruang ruang kosong yg ada. Mungkin sistem operasi ini akan menjadi pilihan kepada semua peminat komputer. Mungkin mampu menggantikan sedikit ruang ruang kosong yg ada dalam sistem microsoft. Dari segi bayaran lesen akan menyebabkan sistem ini akan menjadi pilihan ramai.

BSA akan tinggal kenangan jika semua pengguna komputer beralih kepada sumber terbuka yg tidak memerlukan perbelanjaan untuk memakai sistem operasi. Untuk menjalankan sistem komputer. Memberi sumbangan sekadar yg mampu kepada pencipta sistem ini, mampu merubah dan mengasak microsoft ke penghujung jalan. Jangan biarkan BSA terus menghantui dunia hidup anda. HAPUSKAN BSA




Pelbagai modem ADSL boleh didapati di masa kini, untuk seting modem ADSL memerlukan user name dan juga password. Modem caremo ini saya pilih kerana ia berlainan dari modem-modem ADSL yg lain. Untuk mensetkan modem ini agar modem ini boleh beroperasi secara auto dial. Apabila kita switch Off kan modem, modem ini akan berhenti untuk mendail. Apabila kita set modem ini menjadi auto dial. Kita hanya perlu buka switch dan modem ini akan mendail secara auto tidak perlu lagi kepada seting yg baru.
Untuk setkan modem caremo, kita perlu memasang wayar talipon kepada modem untuk menentukan talian rumah kita telah mempunyai talian streamyx. Lampu ADSL akan berhenti berkelip-kelip jika talian talipon rumah kita telah diJUMP kan ke node streamyx. Selepas lampu ADSL berhenti berkelip-kelip,
Logon tu internet explorer, Seamonkey, K-melion, Musang berapi ke atau apa saja browser yg hendak dipakai, Letak no ini pada bar http://192.168.1.1/
selepas itu user name dan password akan terpapar diskrin komputer anda
dalam ruangan User nama taip : admin dan
dalam ruangan password taip: epicrouter
selepas itu login masuk akan terpapar, dalam kawasan home
anda hanya perlu set dekat internet sahaja. VPI dan VCI letak aje 0/35, kod ini valid utk malaysia sahaja. protokol pulak letakan PPOE jikalau anda mendaftar talian tetap dengan no ip fix anda perlu set PPOA. jika tersalah pilih protokol, modem tidak akan berfungsi.
letakan user name anda dan password yg anda daftar dengan streamyx.
letakan guest@streamyx
password tmnet123, password, abc123 ini hanya cth telekom bagi password, anda boleh menukarkan password kepada pilihan anda sendiri. jikalau anda tak tukar password ini, kalau org menggunakan password ini anda tidak akan dapat login ke streamyx anda.
di kawasan guest tu anda tukarkan login yg anda dapat di borang pendaftaran streamyx. Pastikan akaun anda telah diaktifkan kalau tidak anda tidak akan dapat log in ke internet

semoga anda berjaya seting modem anda.

Kaedah maya membolehkan beberapa sistem operasi yg berlainan untuk wujud bersama apabila menggunakan sumber perkakasan yg sama secara sempurna. ia bakal menjadi sebahagian yg penting dalam sistem operasi generasi baru. Pelbagai kaedah maya yg berbeza kini ditawarkan dalam pasaran.
Sesetengah teknologi bermaya ditawarkan sebagai set perisian pelagakan yg tunggal. Perlagakan perisian membolehkan maya tempatan, melalui hypervisor, yang membenarkan pengaksesan perkakasan dan merangsang perkakasan untuk para pengguna bagi permuatan sistem operasi.
Mesin bermaya yg berasaskan ini (Kenerl-based virtual machine atau KVM) merupakan teknologi bermaya yg baru dan penting. KVM telah diintegrasikan kepada inti Linux yg mampu memberangsangkan sistem operasi supaya ia mampu melaksanakan kaedah maya dengan prestasi yg lebih tinggi, keselamatan yg lebih kukuh dan julat sokongan kepada perkakasan yg lebih luas. KVM berupayamengasingkan komputer fizikal tunggal kepada mesin bermaya berbilang.Dengan KVM, keupayaan kaedah maya diintergrasikan kedalam sistem operasi dan tidak memerlukan bahagian-bahagian baru bolt-on atay terknologi graft-underneath.Pada masa akan datang kaedah maya akan menjadi ciri piawaian dalam sistem operasi. Dengan sebab inilah kaedah maya begitu penting dalam pusat-pusat data. Secara asasnya, penyelesaian bermaya dikaitkan dengan sistem operasi yg menyokongnya.
Dalam masa kegawatan ekonomi sekarang, keupayaan untuk mencipta sistem dan perkhidmatan baru yg memberikan kelebihan dalam persaingan tanpa perlu memasang perkakasan tambahan merupakan insentif sebenar bagi syarikat-syarikat untuk melaksanakan kaedah maya. Malah Open Source Competency Centre Malaysia (OSCC) telah mendirikan Advanced Virtualization Facility (AVF) untuk menampung agensi-agensi kerajaan yg berminat untuk menggunakan atau menguji produk-produk perisian sumber terbuka (Open Source Software) tanpa memerlukan kos pembelian yg tinggi untuk mendapatkan pelayan-pelayan traditional atau perkakasan yg baru yg serba canggih. AVF juga bertujuan untuk memberikan insentif kepada agensi-agensi yg mencuba produk-produk OSS selain memudahkan penghijrahan daripada perisian proprietari.

Penggunaan terlampau banyak pelayan dalam satu organisasi akan menyebab kesusahan kepada pegawai-pegawai IT untuk mengendalikan sesuatu server. Dalam keadaan ekonomi yg berkembang pesat kaedah pembelian server baru tidak akan menjadi masalah kepada organisasi yg mempunyai kapisiti duit yg banyak. Dalam keadaan sekarang ekonomi yg mengucup teruk, penggunaan pelayan semaksimum mungkin dapat dilakukan. Kadar pengunaan server di dalam organisasi adalah sedikit sahaja dan pengabungan server dapat dijalankan dengan mengabungkan beberapa aplikasi dalam satu server, Penganjalan penggunaan dapat menampung penjimatan kos dalam pembelian server baru atau penggantian aplikasi.
Kaedah maya membolehkan peralihan model ke satu aplikasi dengan memutuskan hubungan terus antara perkakasan dan perisian.Di pusat data pelayan akan beroperasi 10 hingga 15 dalam satu satu masa. Dengan kaedah maya kadar-kadar penggunaan pusat-pusat data mampu mencapai 90% atau lebih. Inilah kecekapan yg patut diusahakan.
Kaedah maya mengatasi kemampuannya untuk mengabungkan pelayan dalam satu satu masa. Pusat-pusat data baru sahaja mengetahui akan kelebihan maya dan bagaimanaia mampu membantu perniagaan menghadapi paradigma pertumbuhan baru yg perlahan dan statik. Kes-kes baru pengunaan kaedah maya termasuk penghijrahan aplikasi, kebolehsediaan yg tinggi ketika failover, desktop bermaya dan paradigma teknologi baru " cloud computing"

Perisian-perisian terkini yang berada didalam pasaran semasa amatlah mahal, jikalau anda mempunyai wang yg banyak sudah tentu anda dapat membeli perisian-perisian yg mahal ini. Bagaimana dengan yg tidak mampu seperti saya, apakah yg perlu dilakukan oleh saya jika mahu menggunakan perisian seperti photoshop untuk menyunting imej atau picture yg mahu disunting, Jika anda menggunakan perisian yg tidak original pihak bsa akan menyaman anda dengan nilaian yg lebih tinggi daripada apa yg anda install kedalam komputer anda. Oleh sebab itu pengguna-pengguna telah dibebankan dengan kos yg amat tinggi, satu lesen hanya untuk satu komputer sahaja. Kos saman yg akan dikenakan kepada anda kerana menggunakan perisian yg tidak original akan meyebabkan anda tidak mampu meneruskan bisnes anda jika anda tidak mampu membayar saman yg dikenakan ke atas syarikat anda. Ejen-ejen BSA sekarang berkeliaran dimana-mana jua. Menyamar menjadi pembeli dan kemudian menghantar kepada kedai yg menjual kepada mereka komputer yg dinstall dengan perisian yg tidak tulen.
Oleh sebab tu, pihak pengguna perlu beralih arah kepada perisian percuma yg berasaskan linux base atau sumber terbuka, tidak perlu menbayar lesen yg bernilai beribu ribu rm setiap tahun jika ada naiktaraf yg hendak dilakukan. Walaupun perisian ini dibina menggunakan sumber terbuka boleh dikatakan hanya 60 persen sahaja mampu berfungsi dengan baik tapi setiap hari pereka perisian ini akan berusaha menambah baikan kepada sistem perisian ini. Kita hanya perlu memakai dan menyumbang dengan ikhlas kepada pembina pembina perisian-perisian yg berasaskan sumber terbuka ini.
Walaupun 60% sahaja perisian sumber terbuka ini berfunsi dengan baik kadangkala ia mampu berfungsi dengan lebih baik dari perisian yg dibeli dengan kos yg mahal. Pengkongsian dengan rakan-rakan dalam maya adalah lebih baik dari kita terus menggunakan perisian yg direka untuk tujuan komersial semata-mata. Saya faham didunia ini tiada yg percuma hatta nak masuk tandas sekalipun. dengan hanya memberi sumbangan kepada mereka pereka-pereka dan juga pembina-pembina perisian ini, mereka mampu memberikan perisian yg lebih baik kepada kita. sumbangan kita tidak semestinya dalam bentuk wang, sumbangan boleh diberikan melalui melekatkan logo atau menyahut seruan kepada pengguna sumber terbuka.
Walaupun kita membayar dengan kos yg tinggi bukan semua perisian-perisian yg bercorak komersial mampu memenuhi keperluan kita dalam menjalankan kerja-kerja pengeditan dan penyuntingan foto secara berkala dengan keperluan kita. Jikalau kita tak memulakan dari sekarang, perisian-perisian berbayar akan terus mengdominasikan hidup kita, berjuta-juta rm malaysian akan mengalir ke luar negara dengan pembelian perisian perisian dari negara yg telah maju dalam bidang perisian.
Dalam negara kita sendiri, pereka-pereka dan pembina-pembina perisian-perisian telah lama berusaha cuma mereka tidak dapat menembusi pasaran tempatan atau antarabangsa. Sokongan dan dorongan dari pihak kerajaan sendiri kurang cuma hanya ada pada slogan sahaja. Keadaan politik dalam negara menjadi penyebab kepada kurangnya pereka-pereka dan pembina-pembina perisian-perisian percuma kerana yg membina dan mereka tidak akan tahan lama kerana mendapat kritikan dari masyarakat kita sendiri yg memandang rendah kepada jenama malaysian. Sampai ketahun 2009 berapa peratus kah masyarakat malaysia yg mengguna pakai perisian-perisian sumber terbuka. Beberapa ratus dialog, seminar dan juga kursus yg dianjurkan oleh pihak kerajaan atau swasta tapi tahap penggunaan masih ditakuk lama. Pendedahan perlu dilakukan dan pratikal perlu seiring dalam merealisasikan penggunaan perisian-perisian sumber terbuka.

Search